Kelas Keusahawanan – Painting on Fabric
4 April 2016 | Aktiviti TerkiniPada 3 April 2016, Pusat Internet Kpg Pandan Lundu telah mengadakan Kelas Keusahawanan – Painting on Fabric di Pusat Internet Kampung Pandan. Kelas ini bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari yang telah disertai oleh 9 peserta yang terdiri daripada kanak-kanak Kampung Sekambal berusia 15 tahun kebawah dan golongan belia yang berusia 18 hingga 36 tahun. Kelas keusahawanan ini bertujuan untuk mengajar cara untuk melukis dan mewarna di atas fabric.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri bengkel yang di berikan:
• Mengajar peserta teknik yang betul untuk membuat lakaran serta mewarna di atas fabrik dan memberi kesedaran kepada peserta untuk mendapat mencari pendapatan sampingan di usia yang muda.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
• Penerangan berkenaan cara mewarna di atas fabric dengan betul
• Penerangan alat-alat yang digunakan
• Latihan mewarna di atas fabrik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: